Spekulasi kerajaan akan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan
darurat semakin mendapat perhatian, malah ia dikuatkan lagi dengan laporan
beberapa media termasuk dari arus perdana.
Bagaimanapun, ketika berita ini ditulis, belum ada petanda dari Putrajaya
bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengambil tindakan sedemikian.
Pengisytiharaan darurat dikatakan pilihan terbaik bagi kerjaan dalam
menangani wabak Covid-19 ketika ini.
Namun, ia juga dianggap sebagai jalan bagi Muhyiddin untuk tidak membubarkan
Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan, jika dia tidak
mempunyai majoriti dari Dewan Rakyat.
Ini kerana Perlembagaan Persekutuan akan ditangguhkan, sekali gus
mengenepikan keperluan untuk mengundi.
Pakar Perlembagaan Shamrahayu Aziz dilihat turut membicarakan isu tersebut
dengan membangkitkan 15 soalan beserta jawapan mengenai fakta perundangan
berkenaan darurat.
Hantaran tersebut juga turut diterbitkan semula oleh agensi berita arus
perdana, Bernama dan Astro Awani, sekaligus menjadikannya tular di media
sosial.
Dalam catatan yang sama, ulang kicau pengacara Lim Wei Jit mengenai
keprihatinannya juga tular secara meluas.
Lim berkata keadaan darurat akan menakutkan pelabur dan memberikan kuasa
eksekutif untuk membentuk undang-undang ordinan yang boleh melanggar
Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia tanpa melalui Parlimen.
Sementara itu, MalaysiaNow juga dilaporkan menerbitkan artikel yang memetik
sumber-sumber mengatakan bahawa kabinet akan mempertimbangkan selepas rayuan
‘beremosi’ pegawai atasan untuk kestablian politik ketika kematian Covid-19
meningkat.
Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat kabinet khas hari ini, dipercayai akan
membincangkan belanjawan 2021 dan keadaan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, pertemuan hari ini juga turut mengundang spekulasi akan
berlaku rombakan kabinet ekoran pengumuman presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi
bahawa partinya akan memperkuat kerjasama dengan Perikatan Nasional
Muhyiddin, seminggu setelah mengancam untuk menarik sokongan.
Terdapat juga spekulasi bahawa Umno mahu jawatan menteri kanan termasuk
timbalan perdana menteri.
Namun, sumber-sumber rapat Malaysiakini tidak memberikan sebarang petunjuk
bahawa pengisytiharan darurat atau rombakan sedang dijalankan.
Apa itu pengisytiharan darurat?
Darurat bermaksud suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan
ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.
Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang
di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud
atau hampir berlaku.
Menurut Shamrahayu, darurat boleh diisytiharkan semasa Parlimen sedang
bersidang atau setelah dibubarkan dan ia tidak akan mengakibatkan Dewan
digantung jika belum dibubarkan.
Namun, sekiranya Parlimen tidak bersidang atau dibubarkan, Yang di-Pertuan
Agong boleh mengisytiharkan darurat.
Menurut Shamrahayu, kuasa perundangan akan dikembalikan ke Parlimen jika
bersidang semasa darurat.
Keadaan darurat boleh diisytiharkan di seluruh negara atau di mana-mana
kawasan Persekutuan.
Sekiranya darurat di seluruh negara diisytiharkan, tidak ada pilihan raya
umum dalam tempoh 60 hari Parlimen dibubarkan.
Muhyiddin kini mentadbir kerajaan persekutuan dengan hanya majoriti dua
kerusi di Dewan Rakyat.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim bulan lalu mendakwa mempunyai majotiti yang
cukup untuk membentuk kerajaan baru dan dipercayai dengan sokongan ahli
parlimen Umno.
Umno juga minggu lalu dilaporkan sedang menimbang untuk menarik sokongan
dari PN.
Bagaimanapun, Zahid mengambil langkah mengumumkan gencatan politik dan
susulan Covid-19 dan menegaskan menyokong kerajaan PN.
Zahid berkata, Umno juga mendokong kerajaan PN dalam memberi fokus kepada
agenda membantu rakyat dan negara.
Ini berlaku seminggu setelah Umno mengancam untuk menimbang menarik
sokongannya kepada PN.
Sehingga tengah hari semalam, terdapat 8,183 kes Covid-19 yang aktif
dilaporkan dalam negara. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
Join our Telegram Channel