PETALING JAYA: Orang dalam parti berkata Umno kembali ke “drawing board”
berhubung calon bagi jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan pimpinan
Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, sumber memaklumkan Umno hanya mengemukakan seorang calon iaitu
presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.
Majoriti 39 ahli Parlimen Umno dikatakan berpihak kepada ahli Parlimen Bagan
Datuk itu dan mahu beliau mengambil semula jawatan timbalan perdana menteri
sebagai sebahagian daripada “syarat baharu” Umno kerana terus menyokong
kerajaan PN.
“Pilihan kami adalah Zahid kerana beliau berpengalaman, sebagai timbalan
perdana menteri juga,” kata sumber itu.
Bagaimanapun, sumber itu berkata nama lain yang kini turut disebut termasuk
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein.
Terdapat spekulasi Zahid mungkin dilihat sebagai risiko, sementara sumber itu
tidak mahu mengulas mengenai presiden, menyatakan Ismail dilihat sebagai
“wajar dan berkecuali”.
“Beliau tidak membawa beban politik dan kes mahkamah. Dia popular dalam
kalangan masyarakat,” katanya.
Sebilangan ahli Parlimen Umno mencadangkan nama Hishammuddin tetapi sumber itu
berkata, ahli Parlimen Sembrong dilihat “rapat” dengan Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali dari PPBM.
“Keputusannya mungkin tidak mewakili suara Umno. Ahli Parlimen melihat
pelbagai faktor sebelum membuat keputusan,” katanya sambil menambah mereka
mahu seorang ahli Parlimen yang diterima oleh semua.
Sumber itu turut menyatakan timbalan presiden Mohamad Hasan tidak dicalonkan,
namun, mengikut hierarki, beliau nombor 2 selepas Zahid.
Katanya, ini kerana Mohamad tidak “diterima dengan baik” oleh ahli Parlimen
Umno walaupun beliau dilihat sebagai “berjiwa rakyat” oleh akar umbi serta
rakyat berbilang bangsa dan agama.
Tidak diketahui bila senarai akhir pilihan Umno bagi jawatan timbalan perdana
menteri itu akan diserahkan.
Sementara itu, ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata tiada masalah
siapa daripada Umno yang akan ditawarkan jawatan berkenaan.
“Tidak semestinya Zahid. Kami faham jika tidak ditawarkan kepadanya kerana
perbicaraannya sedang berlangsung.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
- Sokong Anwar: Najib jawab fitnah portal adik Latheefa Koya
- Kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam – Tony Pua
- DAP sokong Muhyiddin dengan syarat pecat Hamzah, Azmin – Liew Chin Tong
- DAP akan pertahan institusi raja, hak istimewa Melayu, Islam
- Meeting UMNO putus tetap tolak Anwar, DAP, terus sokong PN
- Sokong Anwar, mesti dijanjikan sesuatu – Tun Faisal
- Respon Najib dituduh gila kuasa kerana cadangan sokong Anwar
- Hati-hati dengan kumpulan kecil dalam Umno – Aznil
- Malaysianow dedah surat Zahid sokong Anwar, tuntut jadi TPM
- Biasalah melawat orang sakit – Najib
- Muhyiddin tunggu calon TPM dari Umno, tapi enggan terima Zahid
Join our Telegram Channel