
Presiden Umno Zahid Hamidi petang ini mengumumkan “gencatan politik” susulan
Covid-19 dan menegaskan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Zahid berkata, Umno juga mendokong kerajaan PN dalam memberi fokus kepada
agenda membantu rakyat dan negara.
"Saya ingin menegaskan beberapa pendirian Umno seperti mana berikut, melakukan
gencatan politik (political ceasefire) bagi memastikan agenda menangani
Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan
akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.
"Mendokong kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara
mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi," katanya dalam satu
kenyataan.
Zahid bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut maksud “gencatan politik” itu.
Pada 13 Okt lalu biro politik Umno mempertimbangkan untuk menarik diri
daripada menyokong gabungan PN.
Sebaliknya parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan
kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam sidang media
selepas mesyuarat biro politik majlis tertinggi parti itu di Menara Dato Onn.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman pula menuntut supaya jawatan
timbalan perdana menteri dan portfolio penting dalam kabinet diberikan kepada
Umno.
Layanan tidak adil kepada Umno, jelas Tajuddin, menjadi punca kepada parti itu
untuk menarik semula sokongan kepada PN.
Dalam pada itu Zahid berkata, Umno memutuskan untuk mengarahkan kepimpinan
parti dalam kabinet menumpukan usaha bagi menjayakan agenda membantu rakyat
berdepan kesukaran akibat Covid-19.
Bagaimanapun katanya, kerjasama semua parti dalam PN harus diperkasakan demi
kestabilan politik.

ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno pertimbang tarik diri dari sokong PN
- Masa Umno nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat – Pas
- PAS tuntut penjelasan Umno timbang tarik diri daripada PN
- Najib sokong Umno timbang tarik diri dari sokong PN, ini sebabnya..
- Tak salah Umno, PPBM, PAS kembali berbincang, kata Annuar
- DAP terkejut PH ajak UMNO bekerjasama
- Pendakwaan selektif, agihan jawatan tanpa berunding antara punca Umno marah – Nazri
- Annuar dilihat hadir ke rumah Muhyiddin
- Akar umbi PPBM khuatir kerajaan PN runtuh, gesa akur tuntutan Umno
- Pertemuan 6 mata pemimpin PN gagal, saling tuduh khianati kerjasama
- Azmin, Hamzah gila kuasa – Puad Zarkashi
- Akhirnya Khalid akui UMNO ‘king maker’, Muhyiddin, Azmin pengkhianat
Join our Telegram Channel