Adun Bugaya (Warisan) meninggal dunia



Adun Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu, hari ini.

Portal FMT yang memetik sumber Warisan berkata wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.


“Beliau dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) semalam dan meninggal dunia tengah hari tadi,” katanya.

Pada pilihan raya negeri pada 26 September lalu, Manis mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Dia mengalahkan enam calon lain termasuk calon Perikatan Nasional, Mohd Daud Tampokong yang hanya mendapat 2,552 undi.




 

Join our Telegram Channel
Telegram