Amanah pecat saya, baru saya join PKR – Adun Sabak



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak di Selangor, Ahmad Mustain Othman menyertai PKR selepas dipecat oleh Amanah Julai lepas.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Mustain kepada FMT sambil memaklumkan bahawa beliau diterima sebagai ahli PKR pada 31 Ogos.


“Saya sudah diterima sebagai ahli PKR pada 31 Ogos lalu, sekarang saya adalah Adun kerajaan Selangor,” katanya.

Ketika ditanya sebab beliau memilih PKR, Mustain enggan mengulas lanjut.

FMT turut melihat semakan status permohonan keahlian Mustain yang diluluskan oleh PKR.


Mustain dipecat oleh Amanah kerana melanggar disiplin sebagai ahli parti.

Selain Mustain, seorang lagi wakil rakyat Amanah di Selangor, iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, menyertai PKR selepas mengambil keputusan meninggalkan parti itu sebelum ini.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengakui tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk meninggalkan parti itu. – FMT
Join our Telegram Channel
Telegram