Janda anak empat ditemui tergantung di Flat Sri Kolam



KUALA TERENGGANU – Penghuni Flat Sri Kolam, di sini gempar dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tergantung di dalam rumahnya, malam ini.

Menurut sumber, mangsa merupakan seorang wanita Melayu berusia 40-an yang juga ibu tunggal anak empat.


Buat masa ini, tiada info lanjut berhubung kejadian tersebut tetapi pihak polis dilaporkan sudah tiba di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di flat tersebut sehingga penduduk di sekitar menyifatkan ia sebagai lokasi keras dalam bandaraya Kuala Terengganu.

Pada 2015, seorang wanita berusia 20-an maut selepas dia terjun dari tingkat empat manakala seorang lelaki ditemui tergantung di dalam biliknya dipercayai membunuh diri. – Cempedakcheese






 

Join our Telegram Channel
Telegram