Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman. |
SEREMBAN - Sebanyak enam ajaran di Negeri Sembilan difatwakan haram kerana
bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu dibuat
susulan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS), hari ini.
"Ajaran yang diharamkan itu ialah golongan antihadis, Ajaran Tapediri 65 atau
Ba Tha Mim 114, Ajaran dan Fahaman Hizbut Tahrir, upacara dan amalan
perbomohan Ibrahim Mat Zin.
"Turut diharamkan, ajaran Zikir Alunan Zat Cinta / Hikmah Al-Fatihah daripada
Mohd Zaman Mohd Nor dan ajaran Millah Abraham@ Ibrahim," katanya kepada
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari
ini.
Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan JMNS dan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk memantau dan membantu
masyarakat kembali ke pangkal jalan selain menasihati orang awam supaya tidak
terlibat dengan mana-mana ajaran sesat.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin menggesa usahawan mikro di negeri ini untuk
membuat permohonan Skim Pensijilan Halal Malaysia yang sedang dibuka kepada
orang ramai pada masa ini, bertujuan menambah lebih ramai usahawan terutama
peniaga kecil mendapatkan sijil halal.
ARTIKEL BERKAITAN: Tonton video lucah tak salah, harus dalam ajaran Hizbut Tahrir
Join our Telegram Channel