
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Amanah Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer
mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi
Pakatan Harapan (PH) jika gagal menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
dalam tempoh 7 hari selepas pembentangan Belanjawan 2021.
Bagaimanapun katanya, ciapan yang merujuk kepada kenyataan itu sudah pun
dipadam oleh beliau selepas semakan dibuat di akaun Twitternya malam ini.
Kenyataan mengenai Anwar berjanji untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PH
itu adalah antara 6 fakta yang disenaraikan pemuda Amanah terhadap Anwar.
Khuzaifah berkata, terlalu banyak perkara yang cuba disembunyikan untuk
memperbodohkan pengundi dan ahli mengenai keadaan yang berlaku ketika sesi
pengundian belanjawan semalam.
Beliau berkata, ia kerana belanjawan semata-mata kerana jika PH Plus mengambil
alih kerajaan, belanjawan berkenaan tetap akan dibentangkan semula oleh
kerajaan baru.
“Ia bukanlah kerana belanjawan. Kita dijanjikan setelah cubaan membawa akuan
bersumpah (SD) gagal, kerajaan PN akan dijatuhkan melalui undian belanjawan.
“Arahan ketua pembangkang untuk tidak undi belah bahagi dikeluarkan tiba-tiba
tanpa perbincangan selepas Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz Omar-Amanah)
bangun membuat usul.
“Kota Raja (Mohamad Sabu-Amanah) dan Pulai (Salahuddin Ayub-Amanah) yang telah
bangun, dipaksa duduk kembali.
“Ahli Parlimen Amanah yang lain gagal dihalang untuk bangun,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ketua pembangkang itu sekali lagi menyukarkan
rakan-rakan pembangkang sama seperti ketika beliau memutuskan untuk berunding
dengan “kumpulan lanun”, dipercayai merujuk kepada Najib Razak dan Ahmad Zahid
Hamidi.
“Beliau hanya boleh kata, jangan risau… saya ada SD. Muhyiddin sudah habis,”
dalam mesyuarat PH selepas persidangan Dewan Rakyat semalam, katanya.
Sheikh Khuzaifah mendakwa, dalam mesyuarat itu semua pihak bersetuju untuk
menunggu tempoh 7 hari seperti yang dijanjikan oleh presiden PKR itu dengan
perbincangan tertumpu kepada cara untuk menjelaskan insiden di Dewan rakyat
semalam kepada ahli parti masing-masing.
“Naratif yang dipersetujui adalah hanya tolak sebahagian belanjawan, lawan di
pengundian jawatankuasa, tidak tolak dasar demi rakyat , walhal semua ini
tidak pernah jadi isu,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Anwar mendedahkan pemimpin PH, Lim Guan Eng dan
Mohamad Sabu mahu undi belah bahagi dibuat terhadap Belanjawan 2021 di
semalam, namun beliau meminta tidak berbuat demikian.
Anwar berkata, langkah itu supaya Ahli Parlimen dapat meneliti secara
terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman menteri kewangan.
Katanya, masih wujud peluang bagi pembangkang menyatakan pendirian tegas,
termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa pada minggu
akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10k – Tengku Zafrul
- Moratorium automatik kepada B40, M40 terjejas boleh mohon
- Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021
- Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021
- Biar mati berdiri daripada hidup melutut – Mukhriz
- Mahathir bengang MP pembangkang tak bangun
- Kita akan tolak Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa – Anwar
- Jangan risau, jika proses keluar KWSP 10k rumit, kita tolak Bajet 2021 – Najib
- Belanjawan 2021: Bukan 2, tapi 7 tuntutan Umno, BN dipenuhi
- Pemuda gesa DAP berpisah dengan Anwar arah tak bangun
- Benar bajet lulus bukti pembangkang iktiraf kerajaan PN – Dr M
- Salahuddin minta maaf, dah bangun duduk balik, Abang Mat yang suruh
Join our Telegram Channel