
PETALING JAYA: Pejabat Presiden PKR Anwar Ibrahim dilapor menafikan laporan
media bahawa beliau berjanji meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang jika
gagal membuktikan mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk
menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
“Laporan (media) tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam kekeliruan di
kalangan rakyat,” Astro Awani memetik sumber daripada pejabat presiden PKR itu
sebagai berkata.
Pembangkang dalam kecelaruan Khamis lalu apabila hanya segelintir Ahli
Parlimen daripada blok itu bangun menuntut undian terhadap Belanjawan 2021
peringkat dasar dijalankan secara belah bahagi.
Namun jumlah mereka tidak mencukupi syarat untuk membolehkan undian belah
bahagi. Speaker Dewan Rakyat kemudian mengumumkan belanjawan itu diluluskan
menerusi undi suara.
Anwar dikritik beberapa pihak kerana tidak menuntut undian dijalankan secara
belah bahagi, malah dituduh sebagai mengiktiraf kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Ahli Parlimen Port Dickson itu kemudian mengesahkan mengeluarkan arahan supaya
wakil rakyat Pakatah Harapan membenarkan belanjawan itu diluluskan peringkat
dasar.
Namun, beliau menjanjikan keadaan sebaliknya apabila perbahasan belanjawan
peringkat jawatankuasa bermula minggu depan.
Susulan kenyataan itu, pemimpin sayap pemuda Amanah Bukit Bintang, Sheikh
Khuzaifah Bawazeer, mendakwa menerusi twitter bahawa Anwar berjanji meletak
jawatan jika gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dalam 7 hari. Tweet
itu kemudian dipadamkan. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10k – Tengku Zafrul
- Moratorium automatik kepada B40, M40 terjejas boleh mohon
- Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021
- Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021
- Biar mati berdiri daripada hidup melutut – Mukhriz
- Mahathir bengang MP pembangkang tak bangun
- Kita akan tolak Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa – Anwar
- Jangan risau, jika proses keluar KWSP 10k rumit, kita tolak Bajet 2021 – Najib
- Belanjawan 2021: Bukan 2, tapi 7 tuntutan Umno, BN dipenuhi
- Pemuda gesa DAP berpisah dengan Anwar arah tak bangun
- Benar bajet lulus bukti pembangkang iktiraf kerajaan PN – Dr M
- Salahuddin minta maaf, dah bangun duduk balik, Abang Mat yang suruh
- Anwar janji letak jawatan 7 hari selepas bajet 2021
- MP PKR-DAP sahkan Anwar janji letak jawatan selepas 7 hari
Join our Telegram Channel