PETALING JAYA – Tular di media sosial gambar dan video sambutan ulang tahun
kelahiran Adun Ketari Young Syefura di Avani Sepang Goldcoast Resort yang
terletak di Selangor telah dimuatnaik oleh beliau sendiri.
Gambar tersebut mencetuskan persoalan samada pergerakan mereka mendapat
persetujuan daripada pihak berkuasa.
Netizen mendakwa kumpulan Young Syefura itu telah melanggar SOP Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan aktiviti rentas
daerah dan negeri.
Young Syefura atau juga mesra dengan panggilan Rara turut telah melanggar SOP
larangan mengadakan sebarang aktiviti berbentuk keraian seperti menyambut hari
jadi dalam tempoh ini.
Pelanggaran itu mendapat kecaman netizen dan tidak lama selepas itu wakil
rakyat DAP itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan sedia memberi
kerjasama untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Join our Telegram Channel