Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021



Senarai 13 Ahli Parlimen tidak menyokong Belanjawan 2021:

1. Mahathir Mohamad (Langkawi-Pejuang)

2. Mukhriz Mahathir (Jerlun-Pejuang)

3. Mahfuz Omar (Pokok Sena-Amanah)

4. Khalid Samad (Shah Alam-Amanah)

5. Hanipa Maidin (Sepang-Amanah)

6. Mat Sabu (Kota Raja)-Amanah


7. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar-Amanah)

8. Hatta Ramli (Lumut-Amanah)

9. Anuar Tahir (Temerloh-Amanah)

10. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-Amanah)

11. Hasanuddin Yunus (Hulu Langat-Amanah)

12. Hasan Bahrom (Tampin-Amanah)

13. Salahuddin Ayub (Pulai-Amanah)

Apa yang rakyat patut lakukan terhadap Ahli Parlimen yang khianat kepada rakyat ini?

UPDATE: Senarai di atas tidak tepat. Rujuk di posting ini untuk senarai penuh.


WARGANET berkongsi nama 13 ahli Parlimen yang bangun untuk menyokong cadangan supaya diadakan undi belah bahagi bagi meluluskan Belanjawan 2021 di media sosial.

Senarai itu mengandungi nama Ahli Parlimen Langkawi (Pejuang) Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Pokok Sena (Amanah) Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Shah Alam (Amanah) Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Sepang (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin.

Turut disenaraikan Ahli Parlimen Kota Raja (Amanah) Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Parit Buntar (Amanah) Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Lumut (Amanah) Datuk Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Temerloh (Amanah) Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir.


Juga disenaraikan Ahli Parlimen Kuala Selangor (Amanah) Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat (Amanah) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Ahli Parlimen Tampin (Amanah) Datuk Dr. Hasan Bahrom dan Ahli Parlimen Pulai (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar selepas mendapat sokongan daripada ahli Parlimen.

Cubaan Mahfuz memohon untuk undi belah bahagi gagal apabila hanya 13 orang ahli Parlimen daripada blok pembangkang bangun untuk menyokong usulnya.

Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu dan seramai 82 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 hingga 19 November.


Menteri berkenaan mula menggulung pada 23 November sebelum Tengku Zafrul menggulung bagi pihak Kementerian Kewangan hari ini kira-kira sejam diikuti dengan pengundian untuk meluluskan Belanjawan itu.

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Pengundian hari ini adalah langkah pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan yang akan bermula Isnin 30 November untuk diundi sekali lagi sebelum diluluskan.– SM


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram