KUALA LUMPUR – Pelakon pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui
tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga dibina bersama isteri Datin
Azrene Ahmad.
Menerusi satu perkongsian, Fazley berkata, dia dan isteri pernah diduga dan
diuji namun dengan izin Allah, mereka mampu mengatasinya serta rumah tangga
yang dibina masih teguh berdiri dan menyambut ulang tahun perkahwinan yang
ke-14 tahun baru-baru ini.
“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan.
Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir.
Namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid
yang satu ini.
“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah
lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.
“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak-anak
kita yang empat orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan
terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.
Sementara itu, lebih menyentuh hati netizen apabila Fazley mendedahkan ketika
mereka berkahwin isterinya dalam keadaan sehelai sepinggang.
Bapa kepada empat anak itu turut memberitahu isterinya banyak berkorban dan
tetap setia disisinya.
“Terima kasih di atas pengorbanan ‘adik sayang’ selama ini.
I am who I am today because of you. Adik menjadi isteri abang dalam
keadaan sehelai sepinggang.
“Dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah
tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biar kita miskin harta
namun kekal kaya kasih dan sayang,” tulisnya.
Sementara itu, Fazley dan Azrene berkahwin pada tahun 2007 dan perkahwinan itu
penuh kontroversi apabila ibu Azreen tidak merestuinya.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad
Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8, dan Alayna Selma yang kini berusia dua
tahun tujuh bulan. – MG
Join our Telegram Channel