SELAGI TIADA KEJUJURAN POLITIK?
Ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mestuarat MKT dua kali dalam masa
seminggu.
Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera
wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking.
Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan
politiking. Tuanku tahu nasihat darurat berkaitan dengan
kejujuran politik bukan isu Covid-19 semata mata.
Ada pihak mempersoalkan kenyataan terbaru Muhyiddin kerana baru sekarang cuba
merasionalkan kenapa darurat perlu. Apakah perlu darurat untuk mengelak PRN
Sarawak dan PRK Batu Sapi?
Kalau ada “kejujuran politik” sudah tentu Menteri Menteri UMNO tidak dibelasah
dalam “Zoom Cabinet Meeting” Rabu lalu.
UMNO jadi sasaran kerana Menteri UMNO menyokong keputusan Majlis Raja Raja
yang menolak peristiharan darurat. Kononnya Menteri UMNO tidak mengamalkan
“collective responsibility”.
Itu sebabnya Biro Politik UMNO cadangkan terma baru dan hitam putih. UMNO mahu
hubungan dalam Kerajaan PN berasaskan konsensus parti dan kejujuran politik.
Pengalaman pahit di Sabah banyak mengajar. Apabila tiada kejujuran politik
maka politiking berterusan.
Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi sukar kerana tiadanya kejujuran
politik. UMNO memang wajar diberi peranan jawatan TPM. UMNO tidak perlu
apalogatik dan takut dituduh gila kuasa.
Dalam berniaga mesti ada profit sharing. Apatah lagi jika ada pihak
yang menyediakan modal yang lebih besar. Mana adilnya kalau keuntungan
dibahagi 80-20.
Esok Parlimen bermula. Usul undi tidak percaya tidak berbangkit. Fokus
sekarang ialah Bajet 2021. Dalam perutusan khasnya semalam Muhyiddin merayu
ketepikan perbezaan politik dan utamakan rakyat.
Muhyiddin tidak perlu berdolak dalik. Kalau ada “Kejujuran Politik” pasti ia
akan diluluskan. Bola ditangan Muhyiddin.
Justeru menjadi tanggungjawab Muhyiddin menerima pandangan semua pihak
termasuk pembangkang. Jika perlu dipinda kena pinda. Ia menuntut kejujuran
politik.
Antara tuntutan popular rakyat ialah sambung balik moratorium automatik dan
pengeluaran dari akaun 1 KWSP. Pembangkang pula menuntut dilaksanakan
Confidence and Supply Agreement.
– Dr Puad Zarkashi
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel