Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63 dilaporkan telah
meninggal dunia sebentar tadi.
Menurut Setiausaha UMNO Bahagian Gerik, Allahyarham dilaporkan menerima
serangan jantung sebelum di hantar ke Hospital Raub untuk rawatan lanjut
sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pada Mei 2020, Hasbullah dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara
Berhad.
Pada Pilihan Raya Umum 2018, Hasbullah mengalahkan calon PAS dan PKR di kerusi
Parlimen Gerik dengan majoriti 5,528 undi.
Join our Telegram Channel