MARANG – Seorang pelajar tingkatan enam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di
sini hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya yang ditemui dalam
keadaan ngeri pada dua minggu lalu.
Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, yang merupakan rakan baik Siti Nur Surya
mengangguk faham dan tiada pengakuan direko
dkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku
Muda.
Berdasarkan pertuduhan, Siti Nur Athirah didakwa membunuh Siti Nur Surya, 19,
di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu antara pukul
dan pukul 9.30 pagi , 1 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret Engku Nurul Ain tidak membenarkan Siti Nur Athirah diikat jamin dan
menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari 2021.
Kosmo! 2 November lalu melaporkan mayat Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran
darah oleh adik bongsunya, Norliyana Shuhada, 15, di ruang tamu sewaktu pulang
dari sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Adik jumpa kakak mati, tangan putus sebelah ibu
- Rakan sekolah kepada mangsa bunuh putus tangan ditahan
- Mangsa bunuh putus tangan korban cita-cita demi jaga ibu
- Ejek, perli punca Suria dibunuh
- Suspek kes bunuh Surya direman tujuh hari
- Beratnya ujian keluarga Surya, Ebit datang ziarah
- Pisau dipercayai diguna bunuh Siti Nur Surya ditemui
Join our Telegram Channel