KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agak senada
dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Belanjawan
2021 yang dibentangkan Jumaat lalu agak mengelirukan.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ini kerana terdapat peruntukan dalam
belanjawan itu yang diletakkan di merata tempat.
Jelas Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BN) itu,
sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau sendiri agak keliru dengan format
Belanjawan 2021.
“Pada prinsip, saya bersetuju Belanjawan 2021 adalah perlu inkslusif dan adil.
Salah satu masalah bila saya teli bajet ini Menteri Kewangan dan YB Port
Dickson (Anwar) pun sebut, peruntukan diletak di merata tempat.
“Kita hendak cari susah. Saya pun sebagai (bekas) Menteri Kewangan pun keliru.
Hendak cari banyak mana untuk program itu, jadi harap format yang akan
digunakan pada masa akan datang, lebih jelas supaya senang faham dan mudah.
“Kita tidak mahulah peruntukan dikurangkan tetapi YB (Menteri Kewangan) kata,
ada d itempat lain tetapi hendak cari tempat lain tidak tahu di mana? Ini yang
jadi pandangan saya agar forrmat teratur dan sistematik,” katanya perbahasan
Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Anwar turut menyifatkan Belanjawan 2021 mengelirukan dan meminggirkan
beberapa kebimbangan rakyat, sekali gus menghadapi laluan sukar memperolehi
sokongan majoriti di parlimen.
Join our Telegram Channel