
KUALA LUMPUR – Semua ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah menandatangani
akuan bersumpah (SD) menyatakan kesepakatan menyokong Datuk Saarani Mohamad
sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sumber UMNO Perak memberitahu SuaraTV bahawa 25 orang ADUN BN telah pun
membuat keputusan menandatangani SD menyokong Saarani yang juga Pengerusi
Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai Menteri Besar.
“Semua ADUN BN Perak sokong Saarani jadi Menteri Besar baharu.
“25 ADUN BN sudah tandatangan SD,” kata sumber dalam tersebut.
Maka, bertebaranlah khabar angin nama-nama pemimpin yang bakal naik sebagai
Menteri Besar Perak yang baharu, tidak terkecuali juga bekas Menteri Besar,
Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir.
Bagaimanapun, Zambry dilaporkan menafikan spekulasi beliau bakal menerajui
Perak sekali lagi.
Difahamkan Saarani bakal menjadi Menteri Besar atas sokongan PKR dan DAP.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
Join our Telegram Channel