>
PETALING JAYA – Jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman
tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap gadis montel,
Wani Chomel yang mendakwa dianiya itu memfailkan tindakan saman terhadap
dirinya.
Aliff, 33, berkata, pihaknya kini sedang menunggu tindakan lanjut serta makum
balas daripada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim untuk
menuntut bayaran pampasan dan bantuan sebagaimana dikatakan pernah dijanjikan
kepadanya sebelum ini.
“Saya tidak ada menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan
kekayaan yang lain. Dalam perjanjian tersebut, jelas menyatakan pemberian yang
akan diberi adalah atas budi bicara. Itu yang ditulis di dalam kontrak.
“Dia bukan keluarga saya, bukan isteri saya dan bukan sesiapa. Cari kerja,
sebab ada tangan dan kaki. Perlu diingat, saya bukan pusat kebajikan atau
zakat. Saya cuma membantu atas dasar ihsan sesama manusia,” katanya pada
sidang akhbar di kediamannya di Kota Damansara, semalam..
Menurut Aliff, sepanjang mengenali Wani sejak Ogos tahun lalu, dia telah
berhabis hingga ratusan ribu ringgit merangkumi kos pembedahan pembedahan
bariatrik, tempat tinggal , bayaran jurulatih peribadi, pakar pemakanan,
tukang masak dan segalanya.
Jelasnya lagi, semasa dalam tempoh jagaannya, Wani didapati ada curi-curi
membeli makanan dari luar tanpa pengetahuan dan kebenaran pakar pemakanan yang
dilantik.
Dalam pada itu, Aliff menyangkal dakwaan Wani yang mengatakan rekod
kesihatannya dipegang dan tidak boleh disimpan sendiri. Katanya, rekod
tersebut boleh diambil sendiri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
“Saya tidak mahu bergaduh dengan siapa-siapa. Terang-terang Wani cuba
menjatuhkan perniagaan dan imej saya sebagai usahawan.
“Saya sedar orang ramai tidak menyukai perangai saya dan percaya masih ramai
segerombolan manusia lain yang cuba menjatuhkan saya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu Aliff Syukri, Wani Comel tuntut pampasan
Join our Telegram Channel