PETALING JAYA- Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan
Ahmad Kamal menjadi sasaran troll netizen apabila menamakan menu yang biasa
dipanggil burger spesial sebagai ‘burger bersalut telur berempah’.
Wan Ahmad Fayshal memuatnaik lawatan beliau ke Flat Seri Sabah, Kuala Lumpur
untuk bertemu dengan seorang peniaga burger yang dikenali sebagai Abang Jo.
“Memang sedap sebab ada resipi unik daging burger bersalut telur berempah,”
tulisnya di laman Facebook beliau.
Istilah itu dianggap janggal oleh netizen yang rata-rata terhibur olehnya.
“Burger spesial la, takkan la nama burger pun kau nak jargonkan. Semua
orang tahu itu burger spesial,” tulis Kamal Ramdi Muktar.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengambil peluang
menyindir Timbalan Menteri itu.
“Biasanya kita panggil ini burger daging spesial sahaja.
Join our Telegram Channel