JKR dikecam hanya minta maaf pada KJ sahaja, rakyat yang mati langgar lubang macam mana?



PETALING JAYA: Permohonan maaf Jabatan Kerja Raya kepada Khairy Jamaluddin yang tercedera selepas basikalnya terlanggar lubang jalan mengundang kecaman warga net, yang menyifatkan ia sebagai antara dua darjat.

JKR Kuala Langat di Twitter semalam memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa Khairy dan “akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan”, dan mendoakan beliau cepat sembuh.


Seorang pengguna Twitter, @amiruddinfadzli, bagaimanapun tertanya adakah JKR akan terus meminta maaf pada hari yang sama kalau rakyat biasa yang kemalangan.

“Sehingga ada yang mengalami kemalangan maut,” katanya.

“Tiba-tiba teringat cerita dulu-dulu…’antara dua darjat’,” kata @Bdkklg3.

Semalam, Khairy memuat naik gambar ke Twitter memaparkan muka yang lebam dan lokasi kemalangan selepas beliau terhumban ke parit apabila basikalnya terlanggar lubang jalan di Banting.


Menteri mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di hospital berdekataan.

Seorang pengguna, @HamirulSarman, bagaimanapun tidak perlukan permohonan maaf JKR.

“Apa yang saya minta cuma tolong ambil tindakan dan pantau jalan raya rosak yang lain, terutamanya laluan motosikal. Kasihanilah penunggang motosikal seperti saya.” – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram