PENGGUNAAN aplikasi Tik Tok yang tular dengan pelbagai jenis video menyumbang
kepada peningkatan pendapatan pengasas aplikasi itu, Zhang Yiming.
Dengan penggunaan Tik Tok di seluruh dunia, Yiming kini tersenarai sebagai
salah seorang daripada 100 yang terkaya dengan menduduki tempat ke-7 pada
2019.
Ia adalah berdasarkan daripada laporan Forbes yang memaklumkan Yiming kini
mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak 16.2 juta Dolar Amerika Syarikat (USD)
atau RM64 juta.
Yiming sebelum ini memulakan Tik Tok dengan modal sebanyak 20 juta USD atau
RM81 juta di bawah syarikat ByteDance termasuk syarikat Toutiao Group.
Kemudian, mereka melancarkan aplikasi Tik Tok pada September 2016 sebagai
sebuah platform pengubahsuaian kandungan video.
Kejayaan Yiming bukan sahaja bermula dari situ, malah penglibatannya dengan
ByteDance pernah menobatkannya sebagai seorang pemuda terkaya di Tiongkok,
China pada 2013 ketika berusia 30 tahun.
Yiming merupakan seorang graduan kejuruteraan perisian daripada Universiti
Nankai sebelum bekerja sebagai jurutera perisian di ByteDance.
Bersama ByteDance, beliau banyak membantu syarikat itu mencipta pelbagai
perisian dan aplikasi keusahawanan yang kini digunakan diseluruh dunia.
Disebabkan sentuhannya itu, ByteDance kemudian menjadi startup paling mahal di
dunia dengan nilai 75 juta USD atau RM304 juta.
Angka tersebut melepasi nilai syarikat Uber yang pernah direkodkan berada pada
tahan 72 juta USD atau RM292 juta.
Bagaimanapun, Yiming dilaporkan mempunyai cara unik untuk mempromosikan
aplikasi Tik Toknya sebelum dikenali di seluruh dunia.
Pada asalnya, beliau tidak mahu menggunakan Tik Tok kerana berasakan tidak
sesuai dengan kedaan usianya yang sudahpun melepasi zaman remaja.
Namun, beliau kemudian tidak mengambil masa yang lama untuk berjinak dengan
aplikasinya sendiri, kemudian mengarahkan pengurusan syarikat ByteDance untuk
menggunakan Tik Tok.
Malah, kakitangannya itu juga diarahkan untuk membuat video-video tertentu dan
dimuatnaik ke dalam aplikasi Tik Tok masing-masing.
Jika gagal atau mendapat ‘like’ paling sedikit, pekerja berkenaan akan didenda
dengan hukuman tertentu seperti tekan tubi dan sebagainya.
Join our Telegram Channel