
Polis Kelantan menahan dua anggotanya dipercayai melakukan seks oral, mencabul
serta memaksa sepasang kekasih melakukan hubungan seks dan membuat rakaman
video dalam kejadian di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat, berkata kejadian berlaku jam 10.45
malam ketika dua anggota polis sedang melakukan rondaan sebelum terserempak
dengan pasangan kekasih berusia 20-an yang berada dalam sebuah kereta di tepi
jalan.
Katanya, suspek masing-masing berusia 31 dan 35 tahun yang berpangkat lans
koperal dan konstabel turut melakukan peras ugut wang tunai lebih RM1,200
selain turut menumbuk salah seorang mangsa.
"Anggota polis berkenaan dikatakan menumbuk salah seorang mangsa sambil
mengugut dengan meminta wang RM1,200 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke
pejabat agama.
"Selepas memperoleh wang berkenaan yang diambil di mesin juruwang automatik
(ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan juga didakwa menyuruh pasangan
kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu
dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis.
"Mangsa wanita berkenaan juga mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain
dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM,"
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota
Bharu, hari ini.
Shafien berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan mangsa
itu pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.
Susulan itu jelasnya, kedua-dua dua anggota terbabit ditahan dan kini direman
seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun
Keseksaan.
"Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kita mengambil kira semua
dakwaan mangsa dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.
Makluman Kejadian Paksa Hisap Kemaluan, Cabul dan Pemerasan Melibatkan Saspek Anggota Polis ((((((HARAP PDRM KOTA BHARU...
Posted by Dhanice Percy on Monday, December 7, 2020
Join our Telegram Channel