Shuib Sepahtu nafi buat lawak jijik sedang onani, sekadar hiburkan penonton sahaja



Pelawak dan usahawan Shuib hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penonton dan netizen susulan lawak ‘parut kelapa’ yang dibuatnya sebelum ini dikecam kerana dipercayai mengandungi unsur kelucahan melampau.

Lawak yang dibuat ketika babak memarut kelapa dalam satu rancangan komedi yang diterbitkan di salah sebuah stesen TV sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap ianya melampau dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai terutama golongan anak-anak.


Menyedari keterlanjurannya dalam menghiburkan penonton pada minggu lalu sehingga menerima pelbagai kritikan dan teguran di media sosial, beliau hari ini akhirnya tampil memohon maaf dan menjelaskan tentang perkara berkenaan melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Instagram-nya.

“Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Minggu lepas pada hari Khamis ada satu babak itu saya buat memarut kelapa, jadi babak itu dah jadi kontroversi pula.

“Jadi di sini, saya dengan rendah diri nak memohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati dan merasakan babak-babak itu tidak sepatutnya dilakonkan,” katanya.


Tambah beliau, lawak yang dibuat pada hari berkenaan tidak mempunyai sebarang maksud dan tidak berunsurkan kelucahan.

Sebaliknya beliau menjelaskan hanya berniat untuk membuatkan penonton terhibur dan ketawa.

“Tapi itulah katalah kalau ada sesiapa yang terasa hati, saya minta maaf InsyaAllah saya tidak akan buat lagi pada masa akan datang,” jelasnya seperti dipetik daripada video berkenaan. – Vocket




Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram