Nik Farin mengaku dicabul seorang YouTuber terkenal. |
MEDIA hari ini melaporkan seorang YouTuber terkenal ditahan selepas dipercayai
mencabul seorang pelajar universiti empat bulan lalu di Kubang Kerian, Kota
Bharu Kelantan.
Berdasarkan laporan media, kejadian itu berlaku pada 2 Ogos ketika suspek
menjalankan penggambaran drama YouTube di sebuah inap desa.
Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, Ketua Polis Daerah Kota Bharu dilaporkan
berkata siasatan mendapati suspek merupakan penerbit dan pengarah drama
berumur 22 tahun yang ditayangkan menerusi saluran YouTube miliknya.
Mangsa yang berusia 24 tahun itu katanya telah dihubungi oleh seorang rakan
dan menawarkan bayaran RM600 untuk berlakon sebuah drama arahan suspek.
"Selesai menjalani penggambaran di inap desa itu, suspek telah mengajak mangsa
yang berasal dari Jalan Dusun Muda untuk tidur di situ dengan alasan masih
terdapat sesi penggambaran pada esok hari,"
"Semasa mangsa berseorangan di dalam sebuah bilik tidur, suspek telah masuk ke
dalam bilik itu sebelum bertindak mencium, memeluk, meraba bahagian dada dan
kemaluan mangsa," katanya seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia.
Kata Abdul Rahim, suspek turut melakukan on*n* sebelum memancutkan air m*n*nya
ke muka mangsa.
Menurutnya selepas empat bulan, suspek tampil membuat laporan polis di ibu
pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas terbaca mengenai kes yang melibatkan
pendakwah selebriti dan merasakan kejadian sama berlaku kepadanya.
Berdasarkan butiran cerita yang dilaporkan oleh media, kita dapat kenal pasti
bahawa individu yang menjadi mangsa itu adalah individu sama mengaku telah
dicabul oleh seorang YouTuber sebelum ini.
Nik Farin telah membuat pengakuan menerusi akaun Twitter mendakwa dirinya
telah dicabul oleh seorang YouTuber terkenal.
"Saya tak dirogol, tapi dia sexually harrassed saya dan cuba untuk
merogol. Tapi saya tak ingin. Dia cuba untuk buka seluar baju saya tapi tak
dapat. And then dia pegang saya kuat gila tangan dan kaki (guna kaki
dia) dan lanca* atas saya. Malu aku nak cerita Allahu," tulis Nik Farin
sebelum ini.
Menurut Nik Farin, dia menulis tweet itu bukan untuk memfitnah YouTuber
lain yang tak bersalah. Tambahnya, YouTuber yang dimaksudkan bukanlah menapak
di Kelantan, dan yang paling penting individu itu bukan Alieff Irfan.
Menurutnya Alieff sangat profesional dalam bekerja dan tidak menggunakan
talent untuk melakukan perkara terkutuk.
Kata Farin lagi, dia mahu memberi kekuatan dan keberanian untuk mangsa sexual
harassment untuk bersuara dan melawan, dan berhenti daripada menjadi mangsa
penindasan kaum lelaki yang bernafsu binatang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel