Setiausaha politik kepada pesuruhjaya PAS Perak menafikan dakwaan bahawa parti
itu derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, selepas membatalkan
rancangan mengadap baginda di Istana Kinta, Ipoh hari ini.
Fairuz Hafiizh Othman, berkata, PAS mengambil keputusan untuk tidak menghadap
sultan kerana masih belum membuat keputusan berhubung isu jawatan menteri
besar di negeri itu.
"Dah tersebar kononnya PAS derhaka Sultan. Sultan rilek je tak sebut apa pun.
"(Ahli Dewan Negara Perak) Annuar Zaini yang mewakili istana dikhabarkan
memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini.
"PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan
ketidaksediaan tersebut," katanya dalam hantaran Facebook, sebentar tadi.
Dia berkata demikian mengulas tindakan Adun PAS Perak membatalkan rancangan
menghadap Sultan Nazrin hari ini.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria memberitahu Malaysiakini
bahawa mereka tidak akan mengadap sultan pada waktu yang ditetapkan.
Menurut Adun Gunung Semanggol itu, PAS langkah itu diambil kerana mereka belum
ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan kepada baginda.
"Nanti macam kita jumpa tuanku main-main pula (kalau tidak ada keputusan),”
katanya.
Bagaimanapun Razman berkata PAS akan mengadap Sultan Nazrin kemudian namun
belum ada tarikh ditetapkan.
'Kena main dengan Umno'
Sementara itu, Fairuz mendakwa PAS Perak telah dipermainkan oleh Umno.
"PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini. Sewajarnya kita
semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat
Melayu Islam khasnya di Perak.
"Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yang di bawa Umno di
sokong oleh PAS. Malangnya Umno yang tak sokong. Kesian PAS kena game dengan
Umno.
"Sudahnya apabila keadaan semakin parah PAS yang cuba mendamaikan
dipersalahkan," katanya.
Untuk rekod, pada 4 Disember Ahmad Faizal Azumu disingkir sebagai menteri
besar selepas kalah dalam usul undi percaya.
Dah tersebar kononnya PAS Derhaka Sultan.. Sultan rilek je tak sebut apa pun.. TS Anuar Zaini mewakili istana di...
Posted by Fairuz Hafiizh Othman on Tuesday, December 8, 2020
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
Join our Telegram Channel