Tindakan disiplin apa? Semua orang boleh sokong sesiapa sahaja – Ku Li



AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tampil kali pertama dalam sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini selepas sekian lama, berkata beliau boerhak menyokong sesiapa sahaja yang beliau mahu.

Veteran Umno itu menjelaskan beliau terpanggil untuk bersama-sama Dr Mahathir kerana berpandangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada keabsahan.


“Kerajaan yang kita ada hari ini tidak sah, dan Perdana Menteri hari ini seorang Perdana Menteri yang tidak sah,” katanya.

Sidang media itu antara lain kedua-dua pemimpin menyatakan kesediaan bekerjasama untuk menawarkan khidmat bagi menyelamatkan negara daripada kerajaan sekarang yang didakwa lemah serta tidak sah.


Mengenai kemungkinan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana kerjasama beliau dengan pembangkang, Tengku Razaleigh berkata beliau boleh menyokong sesiapa sahaja yang diinginkan.

“Tindakan disiplin apa? Semua orang boleh sokong sesiapa sahaja yang mereka mahu,” katanya. – Malaysiapost

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li tercyduk bila Dr M kata nak jadi PM lagi
 



Please subscribe

Join our Telegram Channel
Telegram