CYBERJAYA: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz
mendakwa terdapat konspirasi dan usaha berterusan untuk membatalkan keputusan
dasar ‘No Anwar, No DAP’ yang dipegang partinya.
Menguatkan hujahnya, Tun Faisal mengaitkan sokongan yang diberikan oleh bekas
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Puad Zarkashi terhadap
pembentukan kerajaan dengan DAP.
Katanya, Mohd Puad kini sudah tergelincir daripada perjuangan sebenar UMNO
sejak mengikut pemimpin tertentu dan bertindak bertentangan dengan apa yang
pernah dikatakannya berulang-ulang kali dalam sekolah Jasa mengenai DAP.
“Jelas ini adalah hipokrasi politik dan kemunafikan yang nyata.
“Pesan saya kepada Datuk Dr Puad Zarkashi, kembalilah kepada ayat Allah, surah
an-Nisa’ ayat 139,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majis Tertinggi UMNO itu
berhubung slogan ‘No Anwar, No DAP’ tidak semestinya relevan sepanjang
masa.
Tun Faisal berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini
telah bekerjasama dengan DAP dan sekarang pemimpin yang diikuti oleh Puad juga
mahu mengulangi perkara yang sama.
“Allah telah tunjukkan bahawa ‘izzah (kekuasaan dan kemuliaan) itu milik Allah
sepenuhnya.
“22 bulan sahaja (Dr) Mahathir berkuasa sebelum Allah campak dalam kehinaan
yang amat sangat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel