Siapa sangka lebih setahun menyerang dunia melalui wabak yang mudah tersebar antara satu sama lain, ujian mengenal pasti Covid-19 nampaknya hadir dengan cara yang lebih ekstrem iaitu melalui calitan dubur.
Dilaporkan ujian ini telah dilakukan oleh negara awal Covid-19 merebak iaitu China setelah lebih 1,000 pelajar dan guru dijalankan ujian Covid-19 melalui tekak, hidung dan juga dubur selepas dilaporkan terdapat kes positif pada kampus yang diduduki.
Difahamkan pemilihan untuk menjalani ujian melalui dubur ini dibuat setelah terdapat kajian yang menunjukkan ada individu yang disahkan positif Covid-19 melalui ujian pada dubur setelah disahkan negatif melalui ujian pada tekak.
Mengulas menerusi kaedah ujian dijalankan, ujian tersebut melibatkan pelapik dimasukkan 3 hingga 5 sentimeter ke dalam rektum dan diputarkan sekitar empat ke lima kali sebelum dikeluarkan bagi mendapatkan sampel.
Individu yang memasuki negara China pula dimaklumkan perlu menjalani beberapa ujian Covid-19 serta menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibebaskan. – Vocket
Join our Telegram Channel