KOTA BHARU – Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO negeri kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi.
Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat.
Gagasan politik yang membabitkan tiga gabungan parti besar dalam kerajaan, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini mempunyai 112 kerusi pada Disember lalu.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaliegh Hamzah telah beberapa kali menyatakan akan menarik semula sokongan terhadap kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Dengan pengumuman Ahmad Jazlan ini dan pendirian Ku Li, kedudukan terkini Kerajaan Perikatan Nasional adalah 110 orang dan yang tidak menyokong juga 110 orang.
Jumlah ahli Parlimen sekarang ialah 220 orang setelah Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia.
Berita lanjut menyusul
ARTIKEL BERKAITAN:
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- KJ sedia lepaskan jawatan menteri jika diarah Umno
- MKT UMNO muktamadkan esok sama ada pemimpin parti keluar kerajaan, kata Ahmad Maslan
- Kes mahkamah zalim antara punca Umno tak puas hati dengan PN, dedah Ahmad Maslan
- UMNO sah putus hubungan dengan PPBM
- KJ balun Mat Maslan beri alasan kes mahkamah sebab Umno tolak Bersatu
- Jangan putarbelitkan kenyataan Ahmad Maslan – Najib
- Ketua Penerangan nafi tuduhan Annuar Musa UMNO mahu bekerjasama dengan DAP
- Nazri setuju Umno tinggalkan kerajaan PN secepatnya
- PANAS: Ahmad Jazlan umum tarik sokongan, Kerajaan PN bakal tumbang
- KJ tak perlu lukakan hati kawan dengan sindiran – Nazri Aziz
- Hari-hari curi ahli UMNO, bukan kita tak tahu – Nazri
- Lebih ramai ahli Parlimen Umno akan tarik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- UMNO tidak gila mahu PRU semasa musim Covid-19 – Nazri
Join our Telegram Channel