Kawan kepada ibu kandung arwah adik Amir yang dipercayai mati akibat didera
telah tampil menceritakan mengenai keadaan suspek ketika tempoh perkenalan
mereka.
Menurut kawannya itu, suspek memang ada sedikit masalah psaikologi. Dia juga
turut terkejut bila mendengar mengenai berita kematian Amir kerana sebelum ini
dia berfikir mungkin sahabatnya itu sudah berubah.
Ibu kandung Amir juga pernah memuatnaik status yang menceritakan bahawa
anak-anaknya dipukul oleh bapa tiri. Ketika itu kawannya mengambil pendekatan
untuk menasihati suspek kerana tidak tahu cerita sebenar dan tidak mahu masuk
campur masalah rumah tangga orang lain.
Berikut adalah perbualan pada setahun yang lalu antara kawan tersebut dengan
suspek iaitu Zuraida Atan, di Facebook:
"Jaga Amir baik-baik, baik budak tu" nasihat kawannya:
Gambar dan akaun Facebook bapa tiri arwah didedahkan:
Ibu kandung arwah Amir ada masalah mental:
Ibu Amir dikatakan pernah kongsi status di Facebook mendakwa anak-anak yang lain juga pernah didera oleh bapa tirinya dengan batang mop dan putung rokok:
Polis dah banyak kali tangkap suspek dan ada "kad":
Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah )JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd
Sukri Kaman, Bili Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka
Tengah telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anak
mereka lemas di dalam tong air di rumahnya.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan daripada itu
ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38
tahun telah ditahan lokap untuk siasatan.
Apapun kes ini masih lagi dalam siasatan. Polis dikatakan bakal membuka kes
ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mati didera, ibu, bapa tiri lapor konon anak lemas
- [Video] Kalau tahu saya tak serah kepada ibu kandung dia
- Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak sebelum mati didera
- Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan
- Mahu tuntut jasad adik Amir, keluarga angkat terkilan dengan layanan pihak sana
- Ibu kandung arwah Amir bukan pesakit mental – Polis
- Suasana pilu di Hospital Melaka tunggu bedah siasat arwah adik Amir
- Banyak kecederaan baru dan lama, Amir meninggal anggaran 2 jam, bukan 2 hari – Polis
- Amir dikebumikan di Jasin Melaka
- Bapa tiri Amir pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan memukul isteri
Join our Telegram Channel