KASIHAN: Tular video wanita punggah sampah bawa anak



Tatkala kita sedang beristirehat di rumah sepanjang musim PKP kali ini, ada segelintir pihak yang di luar sana seharian berfikir untuk mencari rezeki.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Nadya Zaira terjumpa seorang ibu bersama tiga anaknya yang masih kecil di tempat pembuangan sampah.


Wanita tersebut kelihatan seperti mencari barangan yang boleh dikitar semula dalam masa yang sama dia diperhatikan oleh anak-anaknya yang menunggu di sebuah motosikal.

Simpati akan kesusahan ibu tersebut, suami Nadya Zaira menghulurkan sedikit wang kepada tiga anak kecil itu dan berpesan agar wang tersebut digunakan untuk membeli makananan.

Sebaik mendapat sumbangan itu, ibu tersebut dilihat seakan terharu dan megelap air mata dengan lengan bajunya.


Nadya berharap orang ramai jika terjumpa dengan orang yang susah seperti ini jangan kedekut untuk menghulurkan bantuan walaupun sedikit. Sumbangan yang sedikit pada mata si pemberi ia dapat meringankan beban mereka. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih mengenangkan nasib ibu tersebut. Mereka turut memuji kesanggupannya bersusah payah untuk anak-anak.

Netizen juga memuji tindakan pasangan suami isteri yang membantu dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. – Cinca / Nadya Zaira / Erin Sakura



Please subscribe









Join our Telegram Channel
Telegram