Kerana content Tik Tok, lelaki maut dilanggar keretapi



Sejak kebelakangan ni, semakin ramai anak-anak muda yang aktif bertiktok. Content video di TikTok pun dah ada macam-macam jenis, yang bermanfaat ada, yang tak berapa berfaedah pun ada.

Namun, kali ini malang tidak berbau buat seorang pengguna TikTok apabila lelaki ini maut ketika merakam video TikTok di landasan kereta api, lapor News18.


Kejadian tersebut telah berlaku di Islamabad, Pakistan. Menurut Raja Rafaqat Zaman iaitu jurucakap agensi penyelamat tempatan, mangsa yang dikenali sebagai Hamza Naveed dikatakan telah berada di landasan kereta api itu bersama seorang rakan untuk membantunya merakam video terbabit.

Difahamkan, mangsa dan rakannya telah merakam video tersebut di kawasan landasan kereta api di kawasan kejiranan Shah Khalid di bandar Rawalpindi.

Mangsa yang berusia 18 tahun kemudiannya dilanggar kereta api ketika sedang berjalan di sebelah landasan kereta api terbabit. Tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan kawan dia yang nampak kejadian ni berlaku depan mata.


Ketika pasukan penyelamat sampai di tempat kejadian, mangsa telah meninggal dunia.

Menurut rakan mangsa, Hamza Naveed mahu memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok dan di akaun social media lain. Kemalangan tersebut juga telah disahkan oleh balai polis tempatan.

Nak buat video TikTok tu tak salah, tapi ingat, sentiasa utamakan keselamatan. – LobakMerah



Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram