Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera
oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di
Melaka, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP
Mohd Sukri Kaman berkata kanak-kanak tersebut didakwa lemas di dalam tong
air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.
Beliau berkata siasatan awal bagaimanapun mendapati terdapat kecederaan
fizikal pada badan mangsa sebelum polis menahan ibu dan bapa tiri mangsa,
masing-masing berusia 32 dan 38 tahun.
“Kira-kira pukul 4 petang semalam, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Melaka Tengah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan
anaknya mati lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak
lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal menemukan kesan lebam dan
kecederaan di beberapa anggota badan mangsa,” katanya ketika dihubungi di
sini, hari ini.
Katanya, mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital
Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mati didera, ibu, bapa tiri lapor konon anak lemas
- [Video] Kalau tahu saya tak serah kepada ibu kandung dia
- Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak sebelum mati didera
- Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan
- Mahu tuntut jasad adik Amir, keluarga angkat terkilan dengan layanan pihak sana
- Ibu kandung arwah Amir bukan pesakit mental – Polis
- Suasana pilu di Hospital Melaka tunggu bedah siasat arwah adik Amir
- Banyak kecederaan baru dan lama, Amir meninggal anggaran 2 jam, bukan 2 hari – Polis
- Amir dikebumikan di Jasin Melaka
- Bapa tiri Amir pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan memukul isteri
Join our Telegram Channel