GEORGETOWN: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik
sebuah restoran di sini menghiasi gambar semasa era revolusi kebudayaan China
serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais
berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung
gambar poster terbabit pada dinding dua buah restoran makanan milik lelaki
tempatan berusia 41 tahun tersebut.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati restoran yang diselia lelaki terbabit
beroperasi di daerah Pulau Tikus di Timur Laut dan Auto City di Juru, Seberang
Perai Tengah.
“Kita akan mengambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini
sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.
“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen
505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel