“Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah.
Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan
memeluk Islam.”
Itu cerita hantaran terbaharu Ebit Liew yang dalam misi memberi bantuan kepada
mangsa Covid-19 di Sabah.
Menurut beliau, mereka terdiri daripada suku Bajau Laut atau gipsi laut, Pulau
Tatagan Semporna.
“Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut. Saya ke sana untuk beri
bantuan.
“Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau
laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis.
“Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana
risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
“Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya
dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama.
“Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak.
Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling
sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” kata Ebit.
Beliau bertekad untuk terus menyalur bantuan makanan untuk seluruh kampung
atas laut ini.
“Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar
mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Ebit Lew beli 100 tab untuk pelajar yang memerlukan
- Ebit Lew pasang internet di Lahad Datu
- Ebit Lew mulakan misi 10 hari hantar bantuan di Sabah
- Siapa Tuhan? Tuhan tu apa? Ebit Lew Islamkan lebih 150 suku Bajau Laut
- Ebit Lew dikecam tukar bantuan dengan masuk Islam
- Ebit Lew tak dibenar teruskan bantuan di pulau Lahad Datu
- Program Ebit Lew dihentikan atas faktor keselamatan
Join our Telegram Channel