
1. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar, luangkanlah sedikit masa membaca tulisan saya ini.
Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana-mana MP 'forward'lah kepada mereka.
2. Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa ahli parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama.
Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal.
3. Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwat nya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik.
"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran- kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...."
Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Econimics pada tahun 2010.
4. Lupakah anda pada klip audio perjumpaan sahabat- sahabat Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar?
5. Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras berunsur Pluralisma Agama ini.
Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latarbelakang agama meninggalkan Anwar seperti Al Fadzil Ustaz Ismail Mina, Prof Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain? Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Dato' Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar jadi PM? Sudah hilang pertimbangan agama ke?
6. Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan Anwar dan kuasa asing di dedahkan? Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi dari saya sendiri.
Surat-surat memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman?
Anda lupa siapa Carl Greshman dan hubungan baik dia dan Anwar melalui National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja politik?
Ingat lagi pada kawan baik Anwar? Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa? Dan juga Presiden ke 10 Bank Dunia.
7. Saya juga telah berulang- ulang kali cakap Anwar adalah pentadbir yang sangat-sangat teruk.
Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, masa, parti, pejabat dan orang-orangnya. Tidakkah kamu semua fikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya lebih tenang, tidak berperang sama sendiri dan mampu fokus sampai menang PRU?
Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta kelemahan Anwar akan membuka peluang 'rakan-rakan' asing Anwar bertakhta di negara ini.
8. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini. Ya, kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan digadai.
Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga isterinya mahu 'membakul sampahkan' ketuanan Melayu. Jangan LUPA!
9. Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir dan boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya.
10. Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukanlah 'choosing between two evils', tetapi seperti memilih Dajjal.
Saya tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini dibawah manusia seperti Anwar.
11. Jangan hanya kerana berkecil hati dengan percaturan politik seorang dua, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara. Carilah titik persamaan agar pemimpin Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu.
12. Insya-Allah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang, jika ada yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka-muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
Tun Hanif Omar
Mantan Ketua Polis Negara
Majlis Dakwah Negara - Hak Asasi Kemanudiaan
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
- 42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM, kata Guan Eng
- Umno tak dapat halang wakil rakyatnya sokong Anwar – Zahid
- Istana Negara sahkan Anwar sepatutnya menghadap Agong semalam
- Tajuddin: Bubar parlimen, PRU jalan terbaik, biar rakyat tentukan
- Mesyuarat Kabinet tak bincang pasal Anwar, tidak penting – Tuan Ibrahim
- BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS, STAR kekal bersama Muhyiddin
- Tak mungkin Anwar jadi PM melainkan bubar parlimen, PRU – Annuar Musa
- Zahid beri isyarat supaya PRU diadakan segera, bukan sokong Anwar, kata Isham Jalil
- Senarai ahli parlimen UMNO yang sokong Anwar sebagai PM ke-9
- TERKINI: Senarai barisan kabinet baharu kerajaan Anwar, Zahid Najib tersenarai
- TERKINI: Anwar janji gugur kes Zahid, Najib jika jadi PM-9
- Sebab mengapa sebilangan dalam Umno marah dengan Muhyiddin dan mungkin sokong Anwar
- Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- PAS tuntut penjelasan Umno sokong Anwar langgar piagam MN
- Umno pun ada yang nak tanya PAS
- Kesetiaan pada PM tiada dalam piagam Muafakat Nasional, kata pemimpin BN
- Satu demi satu MP Umno tampil nafi bersama Anwar
- 14 dari 19 MP Umno nafi bersama Anwar
- DAP bantah Anwar bawa Umno diketuai Zahid, Najib – Guan Eng
- Dr M: Anwar tak mahu sokongan Pejuang
- Kenyataan Zahid ada kebenarannya – Timbalan Presiden Pas
- TERKINI: Mesyuarat tergempar PH, Anwar lari tinggalkan media
- DEDAH: Anwar hanya ada sokongan 91 MP sahaja
- Ini bukan masa sesuai adakan PRU – Dzulkefly Ahmad
- TERKINI: Orang politik berkumpul di rumah Anwar, khabar ada percaturan baharu
- Sokongan MP Umno kepada Anwar sudah bertambah
- Azalina dedah pernah ditawar lompat parti
- Dap, Umno mungkin bekerjasama sokong Anwar, Najib tidak mahu masuk dalam senarai kabinet baharu
- Ikut mana pun Kadir Jasin tetap jadi balaci Mahathir – Puad
- Polis sahkan arah Anwar ke Bukit Aman
- KANTOI: Anwar minta ke Bukit Aman tarikh sama mengadap Agong, bukan polis yang tetapkan 13 Oktober
- Anwar nafi miliki saham dalam syarikat adiknya
- Anwar mengadap Agong 11 pagi, kata sumber
- Anwar tiba di Istana Negara
- Selesai mengadap Agong, Anwar no comment
- Ku Li dijangka hadap Agong 2 petang, kata sumber
- Mesyuarat tergempar biro politik Umno malam ini
- [Video] Sidang media khas Anwar Ibrahim selepas mengadap Agong
- Anwar serah SD 120 MP pada Agong, kerajaan Muhyiddin tumbang
- KANTOI: Agong dedah Anwar mengadap tapi tak bawa senarai nama MP yang sokong
- Ku Li selesai menghadap Agong
- Agong tegur Anwar hormati proses perundangan
- Zahid tidak tahu Ku Li ke Istana Negara
- Istana Negara tangguh sesi mengadap Mat Sabu, Guan Eng
- Zahid: Umno belum bincang pendirian terhadap Anwar
- Zahid mengadap Agong esok
- Sesi Zahid menghadap Agong ditangguhkan
Join our Telegram Channel