Tular wajah suami isteri ‘ejen Mossad’ Melayu rupanya orang PKR



Melayu Ejen Mossad di Malaysia.

11 individu sudah pun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu, atas pertuduhan menculik lelaki itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.

“Polis Diraja Malaysia masih meneruskan siasatan dan menunggu proses sebutan semula kes pada 15 Disember depan.”


Mereka terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita:
  • Edy Ko’im Said, 40
  • Mohamad Norakmal Hassan, 41
  • Dody Junaidi, 42
  • Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39
  • Mohamad Naziree Mustapha, 39
  • Faizull Hardey Mohd Isa, 40
  • Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25
  • Mohamad Sufian Saly, 23
  • Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21
  • Nidarahayu Zainal, 34
  • Raibafie Amdan, 39.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan secara niat bersama telah menahan Omar Z.M Albelbaisy Raeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

5 Oktober lalu, media melaporkan seorang lelaki warga Palestin yang diculik menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya diselamatkan dalam kejadian pada 28 September lalu. – Jerp Mzza


Nidarahayu Zainal, 34 tahun adalah Wanita Muslim Melayu yang direkrut dan menjadi dalang Mossad, agen perisikan Israel di Malaysia. Nida tinggal di Desa Pandan bersama suami Raibafie Amdan, 38. Suami Nida dulunya hanya kerja sebagai Ofis Boy sebelum di rekrut sebagai Agen Mossad.

Raibafie mampu memandu kereta Mercedes dan dikatakan keluarga mereka sering melancong ke Eropah. Mereka berdua selalu posting di IG dan FB percutian mereka yang sebenarnya digunakan sebagai Camouflage, aktiviti latihan yang diberikan di Perancis terutamanya dalam menggunakan senjata api, tempur serta taktikal lain.

Penyamaran Nida? Agensi Kawalan Bodyguard dan Penyiasat Persendirian. Nida menyamar sebagai Private Investigator dan Agen Kawalan Keselamatan dan Bodyguard. Nida dan suaminya menerima tugasan dari Mossad dan latihan di di Kem Rahsia Mossad di Perancis dan beberapa negara Eropah dan merekrut tentera Upahan dari Malaysia, untuk melakukan penculikan Agen Hamas di Malaysia.

Mereka telah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati kerana menculik Pakar IT Hamas, Omar ZM Albelbaisy Raeda di Jalan Yap Kwan Seng. Omar kemudian dibawa ke Kuala Langat dan disiksa menurut arahan Mossad di Israel. Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.


Omar diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.

Kebodohan mereka? Mereka tersilap culik. Sedangkan Pakar IT sebenarnya adalah kawan Omar yang sama2 dengan beliau sewaktu di ambush di Jalan Yap Kwan Seng.

Dijangka lebih ramai lagi Agen Mossad ini di Malaysia akan ditangkap memandangkan Hub IT Hamas dan Palestin berpusat di Malaysia.

Ingat tak tiba² Cerita Mat Kilau di Netflix trending di Israel? Yahudi sedang mengkaji Melayu. Lebih ramai anak-anak Melayu akan direkrut.

Nak gaji mahal, hidup mewah, bawak Merc dan selalu melancong ke Eropah? Tak payah join MLM ataupun Scammer. Ada peluang jadi Agen Mossad di Malaysia.


Ingat tak Pensyarah Palestine yang ditembak pada tahun 2018 dulu? Dia dipercayai dibunuh oleh Agen Mossad di Malaysia.

Nida menjadi dalang rangkaian jaringan perisikan Israel di negara ini dan telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis dan beberapa Negara Eropah sebelum direkrut oleh ejen Mossad dipercayai sebelum tahun 2018 lagi.

Upah Nida dan tentera Upahannya? RM120 ribu. Sikit sangat dan tak berbaloi berbanding dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup yang bakal di terima. Pasangan ini juga menerima bayaran bulanan sejak sebelum 2018 sebanyak Euro2,000.00, yang dikirim dari Eropah, lumayan.

Senarai tangkapan: Nidarahayu Zainal, 34, Raibafie Amdan, 39.

Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; 


Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan. – Abdullah Pak Lah MY



Rupanya Mossad tengah hangat buat kerja kat Malaysia! 28 September lalu, ada dua warga Palestin singgah Avenue K Mall nak makan malam. Selesai jer, mereka jalan balik.

Mereka letak kereta kat Star Residences Two. Kat sini, tiba-tiba empat warga Malaysia datang menyerang. Dah kenapa orang Malaysia nak pergi serang? Bukan rompakan tau. Empat warga Malaysia ni dipercayai aset Mossad.

Sebab Mossad syak dua orang Palestin ni agen al-Qas.sam. Penyerang berjaya culik seorang. Seorang lagi sempat lari minta tolong Ascott Star Hotel.

Sudah. Ni kira dah gagal sebab Mossad punya kerja mesti ‘clean with no foul up’. Terlepas seorang, kantoilah jawabnya. Dan memang terlepas pun, sebab warga Palestin yang selamat tu pergi buat laporan polis kat Stesen Dang Wangi.


Mangsa diculik tu kena angkut pi ke Hulu Langat. Teruk jugalah kena belasah. Empat warga Malaysia buat video call guna secure line terus ke Israel. Macam-macam kena soal. Bila jawapan tak mencapai cita rasa Mossad, apa lagi – kena pukul lagilah.

Ada satu lagi benda mereka foul up. Mereka tak tutup muka. Nombor pendaftaran kereta pun terdedah. Dan polis Malaysia pula bukan cap ayam. Polis berjaya jejaki kereta tu ke sebuah chalet. Mereka serbu dan selamatkan mangsa culik tu.

Ikut siasatan mereka, soalan terakhir ditanya Team Israel adalah, “siapa orang tertinggi Ham-s yang jumpa korang?”

Siasatan mendapati empat warga Malaysia tu buat mess up ketiga. Bukan dua (tak tutup muka dan nombor plat) jer. Tiga. Tau apa yang ketiga tu? Team Israel nak dua-dua warga Palestin bersebab. Bukan setakat nak clean operation. Tapi ada kemungkinan warga yang selamat tu jauh lagi penting (high value) berbanding mangsa culik ni. – The Patriots





Please subscribe















Join our Telegram Channel
Telegram