Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah dari utara tanah air
dinamakan dalam satu laporan serangan seksual oleh aktivis PKR yang menuduh
ahli politik itu meraba tubuhnya.
Dalam laporan polis dilakukan di balai polis Subang Jaya minggu lalu yang
dilihat MalaysiaNow menyatakan insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli
belah di Petaling Jaya dan di dalam kereta ahli politik itu.
Apabila dihubungi, polis mengesahkan laporan tersebut, namun butiran lanjut
tidak diberikan.
Pengadu berkata mulanya dia bertemu dengan ahli politik itu pada Januari, dan
kemudian bertemu kali kedua selepas bersetuju untuk makan malam pada hari
kelahirannya.
Wanita itu berkata dia bersetuju untuk makan malam bersama kerana “berbesar
hati” kerana dibelanja ahli politik tersebut.
Bagaimanapun, dia mendakwa lelaki itu cuba memeluk dan merabanya di dalam
kereta ketika menuju ke sebuah restoran.
Menyedari perbuatannya tidak disenangi, lelaki itu kemudian memintanya untuk
merahsiakan kejadian tersebut.
Di dalam laporan itu juga, wanita itu mendakwa mengalami “gangguan emosi”
sejak kejadian tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Adun yang dimaksudkan adalah salah seorang pemimpin
kanan Amanah yang juga merupakan anak kepada seorang tokoh politik di Kedah.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat ahli politik cium, cabul isteri orang di bilik sebelah jam 1 pagi
- Polis sahkan siasat ahli politik dari Pantai Timur cium, raba dada, cabul wanita
- Adun pembangkang disiasat raba, cabul dalam kereta
- Adun Amanah Kedah kantoi raba, cabul Wanita PKR dalam kereta
- Faiz Fadzil mengaku disiasat tuduhan raba, cabul wanita PKR dalam kereta
- Bekas Adun Air Putih nafi raba dada, cabul isteri kawan
Join our Telegram Channel