PUTRAJAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara
(IJN) malam tadi selepas mengadu kurang sihat dan sesak nafas.
Terdahulu, Hadi yang juga duta khas kepada perdana menteri ke Asia Barat
dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada 7.50 malam.
Menurut sumber, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan keadaan Hadi
stabil namun jantungnya agak lemah kemungkinan akibat keletihan.
“Doktor yang merawat Hadi turut melakukan ujian saringan ke atas presiden PAS
itu bagi mengenal pasti sama ada beliau dijangkiti Covid-19 atau tidak,”
katanya ketika dihubungi.
Hadi kemudian dipindahkan ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Turut kelihatan di Hospital Putrajaya malam tadi Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang juga Setiausaha Agung PAS Takiyuddin
Hassan.
Menerima berita mengejutkan Presiden PAS YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Hospital...
Posted by Zahid Hamidi on Monday, 15 February 2021
Saya menerima berita Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dibawa ke hospital tadi untuk rawatan. Dalam keadaan...
Posted by Najib Razak on Monday, 15 February 2021
Join our Telegram Channel