PETALING JAYA- Satu video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan
pekerja syarikat kurier, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang
tidak diketahui lokasinya.
Difahamkan, mereka mogok akibat masalah gaji.
Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan
pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa
tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh J&T Express.
ARTIKEL BERKAITAN:
Viral malam ini video pekerja di salah satu hub courier J&T Express mogok susulan komisyen mereka diturunkan. Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak J&T Express..
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, 6 February 2021
Join our Telegram Channel