
Ribuan pekerja warga asing yang pulang ke Bangladesh untuk bercuti terkandas
akibat wabak Covid-19, mereka dilaporkan berkumpul di hadapan kementerian luar
negeri pada Isnin (2 Oktober 2020) bagi menuntut untuk pulang ke Malaysia,
lapor New Age.
Para penunjuk perasaan mengatakan bahawa visa sebahagian besar pekerja migran
telah tamat tempoh kerana penutupan sempadan.
Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 25,000 pekerja warga asing yang
terkandas di Bangladesh disebabkan Covid-19.
Tujuan mereka berkumpul di hadapan kementerian luar negeri untuk menuntut
campur tangan kerajaan Bangladesh agar mereka segera dapat kembali ke Malaysia
untuk bekerja.
Setiausaha Luar Negeri Masud Bin Momen yang bertemu dengan kumpulan penunjuk
perasaan menyatakan bahawa kerajaan akan membincangkan masalah tersebut dengan
kerajaan Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian.
Salah seorang pekerja warga asing, Md Mohiuddin mengatakan bahawa dia telah
pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan dijadualkan kembali ke Malaysia pada
6 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan faktor wabak Covid-19.
Dia menambah bahawa visanya telah tamat pada 6 Mei dan sekarang dia tidak
pasti dengan nasibnya dan 20 orang lagi pekerja warga asing dari kampungnya di
Taltali, Barguna – adakah mereka dapat pulang ke Malaysia atau tidak?
Nazrul Kabiraj pula mengatakan bahawa dia telah menghabiskan Tk 6 juta yang
dikumpulkan oleh bapanya hasil dari jualan tanah dan perhiasan ibunya untuk
bekerja di Malaysia, “Saya belum dapat membayar perbelanjaan tersebut. Saya
akan rugi jika tidak dapat pulang (ke Malaysia),” katanya.



ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat
- Pengacara gelar Al Jazeera Al Jahiliyah dikenakan tindakan – Menteri
- Hos BernamaTV ingatkan menteri janji kebebasan bersuara
- 6 kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman
- Rayhan Kabir sembunyi – Polis
- Akhirnya Rayhan Kabir berjaya dicekup
- Rayhan Kabir akan diusir dari Malaysia selama-lamanya – Imigresen
- Rayhan Kabir dihalau pulang malam ini
- Dulu saya ada semuanya, rumah, kereta, duwet, kerja bagus, tapi kini hilang sekelip mata – Rayhan Kabir
Join our Telegram Channel