PETALING JAYA- Gambar seorang pembaca berita lelaki di sebuah stesen
televisyen milik kerajaan tular apabila dia dikatakan mengenakan pakaian
seakan cheongsam ketika bersiaran pada Tahun Baharu Cina Jumaat lalu.
Tindakan pembaca berita itu, Mohd. Dhihya Sahlan yang mengenakan pakaian
tradisi kaum Cina berwarna merah itu turut mendapat pelbagai reaksi berbeza
daripada pengguna laman media sosial.
Seorang netizen, Patrick Teoh, menyifatkan, sekiranya gambar itu benar, ia
memberi gambaran jurang yang wujud dalam kepelbagaian budaya di Malaysia.
“Pembaca berita dan stesen televisyen itu tidak sedar yang lelaki itu
mengenakan cheongsam,” tulisnya.
Bagi Shahron Lim pula, tindakan pembaca berita itu mengenakan cheongsam perlu
dihargai berikutan usahanya ketika menyampaikan berita.
“Terima kasih kerana mencuba walaupun ia mungkin mempunyai kesilapan dalam
cara pemakaian,” jelasnya.
Difahamkan, berita itu disiarkan di stesen televisyen kerajaan pada Jumaat
petang, di mana pembaca berkenaan menyampaikan berita semasa dari negeri
Sabah.
Join our Telegram Channel