Polis cari lelaki cium bibir adik angkat lelaki



Setiap keluarga pastinya mempunyai cara tersendiri bagi menzahirkan rasa sayang.

Memeluk atau mencium pipi sesama ahli keluarga antara kebiasaan dalam sentuhan fizikal yang kita dapat dilihat dalam sesebuah keluarga.

Dalam pada itu, tular pula sebuah video baru-baru ini apabila seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan memuat naik video dengan bangganya mencium bibir adik angkat beliau sendiri.


Lebih menakutkan, beliau yang menggayakan pakaian jubah serta berkopiah ini mengatakan tindakan yang dibuat sudah menjadi ‘tradisi’ dalam keluarga.

Gaya beliau yang bangga dengan ‘aktiviti’ yang dibuat telah menarik perhatian netizen dengan mengaitkan perbuatan tersebut sebagai perbuatan seksual.

Lebih menyayat hati orang ramai, kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak istimewa (autism).


Terbaharu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

Difahamkan pengasas produk berkenaan kini sudah deactivate akaun TikTok beliau iaitu @papa_idola_semalaya bagi mengelakkan daripada carian orang ramai. – Vocket




Join our Telegram Channel
Telegram