Beberapa hari ini, tular berita pemandu wanita diganggu secara seksual oleh
pegawai polis di dua sekatan jalan raya yang berbeza.
Lantaran itu, Bukit Aman telah menarik tugas dua pegawai polis secara serta
merta selepas kedua-duanya didakwa terbabit dalam kejadian gangguan seksual
terhadap pemandu kereta wanita.
Menerusi laporan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengatakan bahawa tindakan tersebut dibuat ke
atas kedua-dua anggota polis tersebut sehingga siasatan kes berkenaan selesai
dijalankan.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut prosedur dalam penyiasatan termasuk
mencari saksi lain atau rakaman yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis gantung dua anggota soal, minta wanita tunjuk bukti pakai bra
- Anggota minta angkat baju nak cek pakai bra dipindah tugas lain, siasatan berjalan
Please subscribe
Join our Telegram Channel