PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN),
Shahidan Kassim akan mendapatkan maklumat berhubung dakwaan Ahli Parlimen
Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi yang kawasan Parlimennya hanya mendapat
peruntukan RM100,000
tahun ini.
Beliau berjanji akan ke Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri (ICU) untuk
mendapatkan kemas kini berhubung perkara itu dan mengambil tindakan
sewajarnya.
“Saya juga tidak tahu apa yang berlaku antara Zahid dan beberapa Ahli Parlimen
Umno lain, jadi tidak wajar untuk saya ulas lebih lanjut berhubung isu ini.
“Tetapi, apa yang disebut itu, saya akan dapatkan maklumat dan tindakan
sewajarnya,” katanya kepada FMT.
Ditanya sama ada kawasan Parlimennya di Arau turut mendapat peruntukan sama
seperti Zahid, Shahidan berkata, beliau belum melihat jumlah peruntukan
diperolehi kawasannya.
“Saya tidak tengok lagi, sebab ia diberikan ikut kawasan,” katanya.
Semalam, Zahid mendakwa kawasan Parlimennya hanya mendapat RM100,000 setahun
untuk 2021, berbeza dengan Ahli Parlimen dalam kerajaan PN yang mendapat RM3.7
juta setahun.
Zahid mendakwa nasib Ahmad Maslan (Pontian), Najib Razak (Pekan), Nazri Aziz
(Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) juga sama dengannya.
Join our Telegram Channel