Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan timbalan pengerusi
PKR Perak MA Tinagaran pagi tadi, kata beberapa sumber dalaman parti itu.
Malaysiakini diberitahu bahawa ahli politik itu ditahan oleh anggota SPRM pagi
ini setelah dia dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.
Sumber memberitahu bahawa Thinagaran ditahan atas alasan bagi membantu
siasatan terhadap projek pembangunan di Perak. Bagaimanapun, ini masih belum
dapat disahkan kerana pegawai kanan SPRM tidak dapat dihubungi buat masa ini.
Malaysiakini juga difahamkan bahawa SPRM terdahulu mengunjungi rumah Ahli
Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar, berhubung siasatan ke atas sebuah
kenderaan yang dikaitkan dengan kes tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SPRM tahan timbalan pengerusi PKR Perak
- Proksi Xavier Jayakumar ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas
- Xavier Jayakumar umum keluar PKR serta-merta, sokong PN selepas proksi ditahan SPRM
- Tinggal PKR sokong PN, Xavier utamakan rakyat – Hamzah
- Selepas Xavier lompat, adakah siasatan dihentikan? – Shahril
Join our Telegram Channel