Sebuah keputusan yang berani dan drastik daripada Presiden Indonesia, Joko
Widodo (Jokowi) baru-baru ini apabila beliau mengumumkan Indonesia secara
rasmi telah menarik balik pembuatan alkohol daripada senarai pelaburan
berpotensi negara.
Difahamkan langkah yang dibuat melihatkan kepada majoriti rakyat negara
tersebut yang terdiri daripada umat Islam serta bantahan daripada kumpulan
berkenaan.
Dimaklumkan sebelum ini menerusi Perundangan Mewujudkan Pekerjaan 2020 atau
Perpres no. 10/2021, Indonesia telah membuka pelaburan industri pembuatan
alkohol di republik itu.
Tindakan itu membuka kembali pelaburan tempatan dan luar negara dalam industri
itu terutama di Bali, Papua, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi, yang sebelum
ini adalah sektor tertutup.
Walau bagaimanapun, pembukaan pelaburan industri pembuatan alkohol dikatakan
telah mencemarkan imej Indonesia di mata dunia Islam.
Sehubungan dengan itu, Jokowi pada sebuah sidang media semalam memaklumkan
untuk memansuhkan keputusan yang dibuat selepas menerima maklum balas ulama,
Majlis Ulama Indonesia (MUI), Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah dan beberapa
pertubuhan lagi.
Join our Telegram Channel