Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih Wan Ahmad Nizam Wan Abdul
Hamid, 51, menafikan dakwaan mencabul isteri rakan baiknya, susulan laporan
polis individu yang didakwa menjadi mangsa.
Wan Ahmad Nizam berkata dia tidak pernah bermalam di rumah pengadu - tempat
kesalahan itu didakwa dilakukan.
Bekas setiausaha politik bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said itu juga
mengaitkan dakwaan itu dengan pergaduhan berkaitan isu hutang.
“Ahad lalu kira-kira pukul empat petang, dia bersama isteri datang ke rumah
saya di Geliga di sini dan katanya untuk berbincang tentang hutang tetapi
tiba-tiba saya ditumbuk sebanyak dua kali di samping kepala serta badan
dibaling dengan pasu bunga secara bertubi-tubi hingga saya tidak boleh bangun,
sebelum dia berlalu pergi.
“Saya maklumkan padanya untuk melaporkan kejadian itu kepada polis dan dia
mengugut saya agar tidak berbuat demikian atau dia akan membuat sesuatu yang
boleh memalukan saya dan tiba-tiba keluar cerita saya mencabul isterinya,”
dakwanya di Kemaman semalam.
Dipetik Utusan Malaysia, Wan Ahmad Nizam berkata laporan polis mengenai
dakwaan pukul itu telah dibuat di Balai Polis Chukai.
Berkaitan dakwan cabul, pihaknya menyerahkan kepada peguam untuk tindakan
lanjut.
Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, dia enggan mengulas lanjut
perkara itu.
Wan Ahmad Nizam menjadi Adun Air Putih selama sepenggal selepas menang dalam
pilihan raya umum 2004.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Roslee Chik berkata kes disiasat
mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat ahli politik cium, cabul isteri orang di bilik sebelah jam 1 pagi
- Polis sahkan siasat ahli politik dari Pantai Timur cium, raba dada, cabul wanita
- Adun pembangkang disiasat raba, cabul dalam kereta
- Adun Amanah Kedah kantoi raba, cabul Wanita PKR dalam kereta
- Faiz Fadzil mengaku disiasat tuduhan raba, cabul wanita PKR dalam kereta
- Bekas Adun Air Putih nafi raba dada, cabul isteri kawan
Join our Telegram Channel