PETALING JAYA – Dua ahli parlimen pembangkang hari ini (semalam)
menandatangani Akuan Bersumpah (SD) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan
Perikatan Nasional (PN).
Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi
Facebooknya selepas kedua-dua Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR) menyerahkan SD kepadanya di Putrajaya.
“Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen
pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.
“SD oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau,
YB Steven Choong Shiau Yoon itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya
selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di
Putrajaya,” katanya di laman Facebook sebentar tadi.
Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada...
Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, 27 February 2021
Join our Telegram Channel