CHINA mewajibkan ujian calitan dubur kepada semua pelancong antarabangsa yang
tiba di negara itu, lapor akhbar The Sun semalam.
Beijing mendakwa prosedur itu lebih tepat berbanding ujian Covid-19 lain.
Doktor-doktor di China telah menggunakan ujian calitan dubur terhadap pesakit
yang dikuarantin untuk memeriksa sama ada mereka bebas daripada Koronavirus.
Pakar penyakit respiratori China, Li Tongzeng memberitahu media tempatan
bahawa virus Covid-19 dapat dikesan lebih lama dalam sampel najis berbanding
mukus hidung atau kerongkong.
Bagaimanapun, prospek pelawat asing perlu melalui saringan tersebut
menimbulkan kontroversi.
Sebelum ini, Jepun meminta China untuk berhenti menggunakan ujian “tidak
bermaruah” itu. Sebilangan penumpang berkata, kaedah tersebut menyebabkan
mereka “menderita secara psikologi”.
Pada Minggu lalu, China didakwa mengarahkan diplomat Amerika Syarikat (AS)
untuk menjalani ujian calitan dubur yang menimbulkan perbalahan dengan Jabatan
Negara AS.
Beijing telah menolak dakwaan itu tetapi Washington melabelkan ujian tersebut
sebagai “tidak bermaruah”.
Sebagai tindak balas, soerang doktor di China, Lu Hongzhou memberitahu media
tempatan bahawa pelancong boleh memberikan sampel najis mereka di lapangan
terbang sebagai ganti.
Prosedur tersebut melibatkan memasukkan pelapik kapas sekitar tiga
hingga lima sentimeter ke dalam dubur dan memutarnya dengan lembut.
Seperti kaedah calitan hidung, pelapik itu kemudian dikeluarkan sebelum
diletakkan di dalam bekas sampel.
Join our Telegram Channel